Home Ekonomi Jangka ekonomi tahun ini lebih baik

Jangka ekonomi tahun ini lebih baik

Datuk Moehamad Izat Emir.

KUALA LUMPUR –  Dewan Perdagangan ASEAN menjangka pertumbuhan ekonomi bertambah baik susulan tindakan kerajaan telah melaksanakan Belanjawan 2019.

Ini kerana peruntukan itu hanya dapat dibelanjakan tahun ini.

Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir  bersetuju dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa ada dua perbelanjaan tahun ini iaitu 2019 dan tahun 2020 yang mana secara tidak langsung menajdi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita berharap ekonomi negara bertambah baik supaya dapat meringankan penderitaan rakyat yang kini amat tertekan dengan pasaran ekonomi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Moehamad Izat berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng pada Isnin lalu selepas hasil tinjauan portal Merdeka Center yang mendapati kebimbangan terhadap ekonomi kekal menjadi isu utama dalam kalangan rakyat.

Mengulas lanjut, Moehamad Izat berkata, rakyat menderita kerana subsidi-subsidi yang dahulunya dapat dinikmati kini sudah tiada lagi.

“Dengan adanya perubahan ekonomi yang dijangkakan, mudah-mudahan kehidupan rakyat bertambah lebih selesa dalam negara kini sudah meniti era tahun 2020.

“Dewan Perdagangan ASEAN berharap perubahan ekonomi negara berlaku dengan cepat untuk meringankan beban-beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat sekarang ini,” jelasnya.- MalaysiaGazette