PUTRAJAYA – Menteri Kabinet, Khalid Samad yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pendekatan dalam setiap sudut sebelum mendedahkan rakaman audio perbualan telefon bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada media.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau juga yakin Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya tahu mengenai sudut perundangan ketika mendedahkan rakaman tersebut.
“Saya yakin mereka telah kaji dari semua sudut (perundangan) tentang soal rakaman itu dan mendedahkan perkara itu kepada awam.
“SPRM ada pegawai dan peguam, saya yakin mereka telah kaji dari segi semua sudut,” katanya dalam satu sidang media sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya 2020, di Perbadanan Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Khalid berkata beliau turut yakin SPRM mempunyai alasan kukuh untuk membuat pendedahan itu.
“Kena tanya SPRM, bangunan dia pun tak jauh, dekat sahaja. Saya tidak tahu latar belakang datang daripada mana (bukti) itu.
“Sebaiknya penjelasan diberikan oleh SPRM sendiri,” katanya lagi.
Sembilan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM dalam sidang media khas dipercayai perbualan antara Najib dengan beberapa individu termasuk pemimpin dari Emeriah Arab Bersatu.
PTurut diperdengarkan perbualan antara Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Latheefa memberitahu, rakaman audio itu baru diterima selepas tahun baharu 2020 dan pihaknya yakin akan ketulenan suara-suara dalam audio tersebut. -MalaysiaGazette
wartawan MG ni pun bebal lah..ko pi tanya komen si mangkuk ni dia menteri wilayah..apa kaitanya? Pi lah tanya menteri dlm negeri kaa..menteri undang2 kaaa…sat lg Azizul aku kata hang bodoh; hang marah plak