Home Nasional PSS bukan untuk kewarganegaraan

PSS bukan untuk kewarganegaraan

Kementerian Dalam Negeri. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pas Sementara Sabah (PSS) bukan bertujuan memberi kewarganegaraan.

Itu penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan isu berkenaan yang dimainkan oleh pihk tertentu dalam media sosial sejak kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada masa ini.

“PSS bertujuan menyeragamkan kepelbagaian dokumen yang dimiliki oleh warga asing di Sabah iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci yang dikeluarkan oleh tiga agensi berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga agensi berkaitan ialah Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Majlis Keselamatan Negara Sabah.

“PSS adalah satu inisiatif murni kerajaan untuk menangani masalah pemalsuan dokumen di Sabah. PSS ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, gambar dan nombor ID bagi memudahkan proses pengecaman, semakan dan pengesahan semasa operasi penguatkuasaan dijalankan,” katanya kenyataan yang sama.

Selain itu, pelaksanaan PSS juga akan membolehkan pihak berkuasa mengesan dan memantau keberadaan serta pergerakan pemegang dokumen itu dan hal berkenaan membolehkan kerajaan merekodkan data.

“Kerajaan ingin menegaskan, status pemegan PSS adalah kekal sebagai warga asing dan bukan satu jaminan untuk diberikan permit masuk, taraf pemastatutin sementara, pemaustatin tetap atau kewarganegaraan,” katanya.

Justeru, KDN menubuhkan satu pasukan petugas khas peringkat negeri Sabah yang dipengerusikan secara bersama oleh JKM Sabah dan MKN Seabah dengan dianggotai oleh pelbagai agensi bagi meningkatkan tadbir urus yang berkesan dalam pelaksanaan dasar dan pemantauan operasi PSS.

Sehubungan itu, kerajaan mengingatkan semua pihak supaya merujuk kepada sumber yang sahih dan tidak mudah dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja cuba memutarbelitkan fakta semi agenda tersendiri.- MalaysiaGazette