Home Politik Teriak nama bossku itu penyakit gila ke-41, kata calon Warisan

Teriak nama bossku itu penyakit gila ke-41, kata calon Warisan

Datuk Karim Bujang
Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang bercakap kepada media selepas Program Bengkel Kemahiran Menjahit sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Bongawan, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 09 JANUARI 2020

KIMANIS – Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menyifatkan orang yang melaungkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan panggilan bossku sebagai salah satu daripada penyakit gila.

Beliau melahirkan rasa hairan apabila kehadiran Najib ke Membakut, Sabah mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan sedangkan bekas Perdana Menteri itu berdepan dengan salah laku rasuah di mahkamah.

“Kenapa seorang yang telah hampir terbukti melakukan kesalahan rasuah tapi masih dipanggil bossku.

“Bossku dia panggil, bila saya fikir-fikir, macam mana boleh begitu, saya berbalik kepada nasihat ibu kami.

“Dia selalu menasihati, ada 40 jenis gila, jadi yang teriak-teriak bossku itu dalam senarai gila yang ke-41,” katanya di Kg Sri Serbang, Bongawan, hari ini.

Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang berucap pada Program Bengkel Kemahiran Menjahit sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Bongawan, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 09 JANUARI 2020

Fenomena bossku boleh dikatakan penjenamaan semula imej Najib selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Panggilan bossku itu bukan sahaja mendapat sambutan orang ramai di Semenanjung Malaysia bahkan kini diterima baik oleh rakyat Sabah.

Buktinya apabila Ahli Parlimen Pekan itu turun ke Membakut, Sabah pada Sabtu lalu mendapat sambutan luar biasa sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.