Home Ekonomi Tiada keputusan dalam operasi Petronas di Iraq

Tiada keputusan dalam operasi Petronas di Iraq

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) enggan mengulas mengenai status operasinya di Iraq.

Setakat ini belum ada sebarang arahan daripada pengurusan.

Jurucakapnya berkata kepada Reuters, pihaknya akan memaklumkan kepada media jika ada sebarang perkembangan terkini.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 162 orang rakyat Malaysia di Iraq, majoriti merupakan kakitangan Petronas.

Kerajaan Malaysia sedang memantau situasi semasa, katanya.

Petronas beroperasi di Iraq sejak tahun 2010 dengan meneroka tiga medan minyak – Halfaya, Badra dan Garraf.

Iraq adalah pengeluar minyak kedua terbesar di Timur Tengah selepas Arab Saudi dengan jumlah 4.6 juta tong sehari. – MalaysiaGazette