
KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet 8 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan pada 2 Januari.
Baca: Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan
Perdana Menteri akan memangku jawatan tersebut sehingga menteri pendidikan yang baharu dilantik.
Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee
Surat perdana menteri nasihat Maszlee undur dari Kabinet didedah