KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Menurut satu kenyataan, Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3
Januari 2020,” kata kenyataan itu.
Kabinet hari ini memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan menteri pendidikan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet 8 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan pada 2 Januari. – MalaysiaGazette