Tindakan 57 ahli Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam sebenarnya hanya satu penipuan dan fitnah.
Ketua PDM Bandau, Nurliza Abdullah menegaskan, sebenarnya yang keluar parti itu hanya melibatkan lima individu iaitu Razali Daud bersama ahli keluarganya.