![5643B41F-50A4-485B-973E-13BAC8D02012](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/01/5643B41F-50A4-485B-973E-13BAC8D02012-640x427.jpeg)
KUALA LUMPUR – Sabah FA telah mengikat pemain berdarah Thailand-Jerman, Dennis Buschening untuk kuota pemain import ASEAN.
Berita tersebut dikongsikan oleh media sosial kelab peminat Sabah FA, Sabah Football Fan Club di Facebook semalam dengan memaparkan gambar Buschening telah memeterai kontrak dengan pengurusan pasukan.
Buschening turut muat naik terkini di laman Instagram miliknya yang menganggap Sabah sebagai ‘rumah baharu’ beliau untuk tahun 2020.
Pemain berusia 29 tahun ini merupakan seorang pemain sayap dan mampu beraksi di kedua-dua belah kiri dan kanan sayap serangan.
Pernah bersama Buriram United pada musim 2013-2014, Buschening banya beraksi di Liga Thai.
Dia dipinjamkan ke BEC Tero Sasana selepas menyertai Buriram dan sejak dari itu telah beraksi bersama beberapa pasukan lain seperti Army United (telah dibubarkan), dan Navy FC (kini Rajnavy Rayong FC).
Kelab terakhir yang Buschening sertai ialah Chainat Hornbill pada 2019.
Ketibaan Buschening bermakna pemain sayap itu menjadi pemain import pertama yang dibawa masuk oleh Sabah FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto. – MalaysiaGazette