KUALA LUMPUR – Filem animasi, Ejen Ali The Movie memberi tanda positif pada 2020 apabila meraih kutipan sebanyak RM30 juta dalam tempoh enam minggu tayangan.
Filem erbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu turut menduduki carta teratas filem pecah panggung tempatan 2019 menemui penonton di pawagam pada 28 November tahun lalu.
Karya arahan Usamah Zaid Yassin itu juga disenaraikan sebagai antara tiga filem tempatan yang mencatat pungutan terbanyak sepanjang zaman.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa dikenali sebagai IRIS atau Infinity Retinal Intelligence System.
Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.
Selain Malaysia, Ejen Ali The Movie turut ditayangkan di Singapura dan Brunei. Di Indonesia pula, ia menjengah pawagam negara itu mulai 1 Januari lalu. – MalaysiaGazette