TEHRAN – Iran hari ini mengaku secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Ukraine minggu ini kerana menyangka ia merupakan sasaran musuh.
Menurut agensi berita separuh rasmi, Isna, pesawat itu terbang berhampiran tapak tentera Kor Pengawal Revolusi (IRGC), kata Isna, memetik satu kenyataan tentera.
Pegawai IRGC akan menjelaskan kemalangan itu dalam media rasmi kerajaan, katanya.
Pesawat Boeing 737-800 berusia 3 tahun itu terhempas sejurus berlepas dari Tehran, membunuh kesemua 176 orang penumpang dan anak kapal.
Pada Jumaat, Iran menafikan ia melepaskan peluru berpandu ke arah pesawat tersebut. – MalaysiaGazette