Home Ekonomi Pelanggan TNB terima faedah 2.5% daripada deposit

Pelanggan TNB terima faedah 2.5% daripada deposit

KUALA LUMPUR – Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menerima faedah tahunan sejumlah 2.5% (juga dikenali sebagai rebat) daripada jumlah deposit keselamatan elektrik yang dibayar.

Faedah ini, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, akan dikreditkan ke dalam bil elektrik para pelanggan pada bulan Januari ini.

Syarikat utiliti itu berkata, menerusi faedah tahunan ini, deposit keselamatan pelanggan TNB lantas akan bertambah
dari masa ke masa, memandangkan ianya dikira berdasarkan baki deposit terkumpul.

Walau bagaimanapun, rebat hanya diberikan sekiranya deposit dibayar secara tunai.

Pelanggan dengan jumlah deposit melebihi RM2,000 mempunyai pilihan untuk membayar secara tunai atau melalui jaminan bank, katanya. – MalaysiaGazette