Home Utama Bersatu sahkan ADUN ditahan

Bersatu sahkan ADUN ditahan

Abdul Rashid Asari

KUALA LUMPUR – Penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tular di media sosial sejak pagi tadi disahkan.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Katanya, beliau tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Memang ada kes, tetapi hasil siasatan tidak tahu,” katanya yang mengakui sudah berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kes tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Rashid berkata, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang termasuk ahli politik, justeru parti tersebut perlu menunggu hasil siasatan polis.

Beliau juga tidak menafikan, individu terbabit perlu berdepan tindakan jika didapati melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, sebuah portal melaporkan penafian ADUN Dengkil tentang spekulasi penangkapannya dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara pagi ini.

Adhif Syan Abdullah sebaliknya berkata, beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam. – MalaysiaGazette