MANILA – Gunung berapi di Filipina telah mula memuntahkan lava dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa “letusan berbahaya” mungkin berlaku dalam beberapa jam atau hari.
Lava itu mengalir lemah pada awal pagi ini dari gunung berapi Taal – terletak kira-kira 70 kilometer (45 batu) di selatan ibu kota Manila, selepas melepaskan abu tebal hingga menyebabkan 8,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan.
Gunung Taal adalah gunung berapi kedua paling aktif di Filipina.
Ia adalah salah satu gunung berapi terkecil di dunia dan telah mencatatkan sekurang-kurangnya 34 letusan dalam tempoh 450 tahun yang lalu.
“Gunung berapi Taal memasuki tempoh letusan yang sengit … berkembang menjadi letusan magmatik pada pukul 2.49 hingga 4.28 … bermula dengan mengeluarkan lava yang lemah disertai dengan guruh dan petir,” menurut Institut Vulkanologi Filipina dan Seismologi (PHIVOLCS) dalam satu kenyataan.
Tetapi Pengarah PHIVOLCS Renato Solidum berkata, tanda-tanda letusan berbahaya, termasuk “aliran abu, batu, gas pada kelajuan lebih daripada 60 kilometer sejam belum lagi berlaku, menurut CNN Filipina.
PHIVOLCS kini telah meningkatkan tahap amaran dari 3 hingga 4, daripada maksimum 5.
Gunung berapi ini terletak di sebuah pulau di tengah-tengah tasik Taal dan pihak berkuasa juga memberi amaran tentang kemungkinan “tsunami gunung berapi”.
Tsunami gunung berapi akan mengeluarkan amaran serpihan runtuhan selepas letusan, penolakan arus air dan mengakibatkan gelombang. – MalaysiaGazette