HULU SELANGOR – Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan segera memasuki pejabat Menteri Pendidikan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi kementerian itu, kini.
Menurut beliau, langkah itu perlu segera diambil bagi mencari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang timbul.
“Saya kena kaji segala masalah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
“Kementerian Pendidikan hadapi banyak masalah, jadi saya kena kenalpasti dahulu ap masalah-masalahnya dan cari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang media, hari ini.