COLOMBO – Seorang lelaki Cina telah ditangkap kerana menyeludup keluar sekitar 200 ekor kala jengking berbisa dari Sri Lanka.
Haiwan hidup itu ditemui oleh pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Colombo, yang dibungkus dalam kotak plastik.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan lelaki itu mungkin telah merancang untuk ekstrak racun dari kala jengking sebaik sahaja tiba di China.
Sri Lanka kini berdepan dengan cabaran dalam menangani pemerdagangan hidupan liar dan penyeludupan emas dan dadah.
Lelaki tersebut telah ditahan oleh pegawai kastam semalam dan didenda 100,000 rupee (AS$ 550, £ 423) dan dibenarkan pulang.
Sri Lanka mempunyai kira-kira 18 spesies kalajengking berbisa namun hanya satu yang membawa maut kepada manusia. Tidak jelas sama ada kala jengking yang diseludup itu sudah dimatikan.
Sri Lanka mempunyai undang-undang yang ketat dalam membendung penyeludupan hidupan liar tetapi percubaan penyeludupan semakin meningkat.
Pada bulan Jun, beberapa pegawai kanan dituduh menangkap bayi gajah untuk menjualnya.
Tiga tahun yang lalu, Sri Lanka memusnahkan 45 kilogram sarang burung – ramuan utama dalam sup di China dan negara-negara Asia yang lain selepas dirampas daripada pengedar. – MalaysiaGazette