Home Ekonomi Tumpu pembaharuan spesifik dalam bidang tertentu – Jomo

Tumpu pembaharuan spesifik dalam bidang tertentu – Jomo

Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram.

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melakukan pembaharuan secara spesifik berdasarkan bidang-bidang tertentu bukan menyesuaikannya untuk semua bidang sekaligus.

Ini kerana, menurut Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, bentuk pembaharuan adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

Penganalisis ekonomi itu berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelbagai pihak semasa melaksanakan siri pembaharuan institusi dijalankan sebelum ini oleh Majlis Penasihat Negara yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal pentadbirannya.

Lantaran itu, Jomo mencadangkan supaya perbincangan awam mengenainya perlu dibuat.

“Apa yang sangat perlu dilakukan ialah membincangkan asas pembaharuan, tentang kelebihan dan kelemahan daripada perbincangan dengan para panel (siri pembaharuan ) mereka melahirkan rasa kesukaran untuk melakukan pembaharuan.

“Jadi kita perlu berbincang secara terbuka,” katanya dalam Forum Integriti Bank Rakyat 2020 hari ini.

Dalam pada itu, Jomo meminta kerajaan semasa melihat pembaharuan dalam manifesto pilihan raya umum lalu secara serius meskipun cadangan-cadangan yang dikemukakan telah menimbulkan masalah.

Ini kerana, pembaharuan yang dijanjikan itu amat besar maknanya. – MalaysiaGazette