Home Dunia Kilang petrokimia di Catalonia meletup

Kilang petrokimia di Catalonia meletup

Kebakaran besar akibat letupan di kilang petrokimia yang menyebabkan seorang mangsa terbunuh. foto Agensi

MADRID – Letupan besar di kilang petrokimia di wilayah autonomi Sepanyol di Catalonia telah membunuh sekurang-kurangnya seorang mangsa dan mencederakan lapan yang lain.

Manakala seorang pekerja dilaporkan hilang.

Agensi pertahanan awam Catalonia menggesa penduduk Tarragona dan bandar-bandar berdekatan untuk menutup tingkap dan tinggal di dalam rumah.

Puluhan anggota bomba bertungkus-lumus pemadam kebakaran di perbandaran La Canonja.

Letupan di kilang Industrias Químicas del Óxido de Etileno berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (17:40 GMT).

Mangsa yang maut itu ditemui di sebuah bangunan yang runtuh selepas letupan besar yang mencetuskang kejutan.

Dua daripada lapan orang yang cedera mengalami kecederaan serius, kata khidmat perlindungan awam Catalonia.

Perkhidmatan perlindungan awam mengatakan tiada bahan toksik telah dikesan di kawasan itu. -MalaysiaGazette