KUALA LUMPUR – “Bercakap benar atau tidak itu persoalan lain, tetapi apa bukti-bukti korelatif yang kita ada?”
Itu persoalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menegaskan perlu ada bukti fizikal sekiranya mahu meneruskan siasatan kes serangan seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bukan sekadar hasil ujian poligraf yang dibuat oleh Muhammad Yusoff Rawther.
Semalam diumumkan kes berkenaan ditutup.
Menurut Abdul Hamid, polis menghadapi kesukaran menyiasat kejadian yang didakwa dalam laporan Muhammed Yusoff itu kerana ia berlaku lama dahulu.
Beliau menjelaskan keputusan Jabatan Peguam Negara berdasarkan dapatan Jabatan Siasatan Jenayah dan tidak ada apa yang mencurigakan daripada pengumuman semalam.
“Memang selalunya begitu. Kalau ada bukti baru kita boleh buka semula kes itu,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengenai ujian poligraf, Abdul Hamid berkata, hasil ujian itu hanya bagi meyakinkan polis sama ada seseorang itu bercakap atau tidak bagi meneruskan kes itu.
“Kita tidak akan kemukakan keputusan ujian poligraf sebagai keterangan di mahkamah. Undang-undang tidak membenarkan,” katanya.
Sebelum itu, individu yang dikaitkan dengan kes serangan seksual oleh Presiden PKR, Muhammad Yusoff Rawther telah menjalani ujian poligraf. – MalaysiaGazette
Semakin menarik cerita ni, kem siapa punya konspirasi?
Dikatakan ada yang ingin menyaman Yusoff?
Harap2 ianya terlerai bila ianya dibawa kemahkamah nanti.