GEBEVA – Tahun lepas adalah rekod terpanas kedua yang pernah dicatatkan berlaku di dunia.
Dan dunia sedang berdepan dengan keadaan mencabar seperti kebakaran belukar yang merosakkan sebahagian besar Australia, kata Organisasi Meteorologi Dunia (WMO).
WMO yang berpangkalan di Geneva menggabungkan beberapa set data termasuk dua daripada pentadbiran ruang angkasa Amerika Syarikat, Nasa dan Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom.
Ia menunjukkan purata suhu global pada 2019 ialah 1.1 darjah Celcius di atas paras pra-perindustrian.
“Malangnya, cuaca melampau dijangka berterusan sepanjang tahun 2020 dan dekad yang akan datang, didorong oleh tahap rekod gas rumah hijau di atmosfera,” kata Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas.
Australia merekodkan tahun paling panas, paling dahsyat berikutan kebakaran belukar.
Para saintis mengatakan perubahan iklim mungkin menyumbang kepada cuaca yang teruk pada tahun 2019 seperti gelombang panas di Eropah dan taufan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang apabila ia melanda Bahama pada bulan September.
Kerajaan bersetuju semasa Paris Accord 2015 untuk membekalkan pelepasan bahan bakar fosil yang cukup bagi menangani pemanasan global hingga 1.5 darjah Celsius di atas tahap pra-perindustrian – selepas itu pemanasan global dijangka lebih teruk sehingga menghapuskan terumbu karang dunia dan ais di Artik.
Walau bagaimanapun, WMO sebelum ini menyatakan suhu lebih tinggi antara 3 hingga 5 darjah Celcius boleh dijangkakan jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk menghentikan kenaikan pelepasan berbahaya, yang mencecah rekod baru pada 2018.
Tahun yang paling panas direkodkan pada 2016, apabila El Nino mencetuskan suhu permukaan rata-rata kepada 1.2 darjah Celcius di atas paras pra-industri, kata WMO.
“Pada masa akan datang kita boleh menjangkakan El Nino lebih hangat daripada yang sebelumnya,” kata saintis WMO. – MalaysiaGazette
Sumatera terbakar, Portugal terbakar, California terbakar, Israel terbakar, Amazon Brazil terbakar, Australia juga terbakar, pencemaran asap kenderaan, asap rokok, asap colok, semuanya menyumbangkan kepada pemanasan global dan pencemaran alam dalam skala besar2an.
Ayuh semua rakyat Malaysia, pencita alam sekitar, pencinta kelastarian alam, sama2 kita menjaga alam sekitar, katakan tidak kepada pencemaran.
Ayuh semua kita desak Kerajaan Hancing untuk berbuat sesuatu yang lebih effektif dalam menjaga alam sekitar agar tidak tercemar!!!
KATAKAN TIDAK KEPADA ASAP, KATAKAN TIDAK KEPADA PEMANASAN GLOBAL, BERTINDAKLAH SEKARANG!!!