KUALA LUMPUR – Pihak-pihak dalam Pakatan Harapan (PH) yang mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melepaskan jawatan perdana menteri dinasihatkan agar tidak menjadi “gunting dalam lipatan”.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan, Kapten (B) Muhamad Suhaimi Yahya menegaskan sikap demikian perlu dihentikan kerana tidakĀ membawa apa-apa kebaikan.
Malah, desakan dengan cara itu tidak menampakkan keutuhan yang ada dalam PH, katanya.
“Pakatan Harapan diwujudkan dengan konsensus dan persefahaman yang kuat dari permuafakan wakil-wakil parti di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Sebarang bentuk kenyataan yang berupa desakan kepada Tun Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan adalah ibarat ‘enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menggesa agar semua pihak bersabar dan perlu mengembeling tenaga serta kekuatan untuk membangunkan dan membina sebuah Malaysia Baharu.
Ujarnya, pepatah yang mengatakan “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” wajar menjadi ingatan didalam menggalas segala harapan rakyat.
Katanya, ketua-ketua bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan sentiasa berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. – MalaysiaGazette
Ada yang saran tarikh 13 May 2020 untuk Atok disingkirkan!