Home Politik Kalau pilih pembangkang, kita akan ketinggalan lagi – kata calon Warisan

Kalau pilih pembangkang, kita akan ketinggalan lagi – kata calon Warisan

Calon Warisan, Datuk Karim Bujang bercakap kepada media selepas bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Kampung Brunei, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 16 JANUARI 2020

KIMANIS – Kurang 48 jam para pengundi di Parlimen Kimanis akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat mereka, sama ada calon daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Warisan mahupun Barisan Nasional (BN).

Menurut calon Warisan, Datuk Karim Bujang, beliau mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi kerusi tradisi milik BN susulan kegagalan bekas parti kerajaan itu membangunkan Kimanis sejak 60 tahun lalu.

“Hari ini merupakan hari kedua terakhir sebelum pembuangan undi Sabtu ini, saya telah melawat hampir kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen Kimanis ini

“Saya mendapati bahawa kerja kempen yang kita jalankan selama ini tiptop dan ahli-ahli parti disokong dan didokong oleh kawan-kawan daripada pelbagai parti yang ada dalam Pakatan Harapan (PH) telah menunjukkan kerjasama yang amat baik.

“Saya yakin kemenangan akan dapat kita capai,” katanya ketika melawat PDM Ladang Kimanis, di sini, hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan dan Membakut itu mengingatkan para pengundi Kimanis agar membuat pilihan tepat bagi memastikan pembangunan yang tertangguh di kawasan itu sejak zaman BN dapat dilaksakan segera.

“Nasihat saya untuk pengundi-pengundi di Kimanis, jangan buang peluang keemasan ini, kita diberi peluang untuk menyertai pembangunan negara yang sedang rancak berjalan hari ini.

“Kalau kita memilih parti pembangkang, kita akan ketinggalan di belakang lagi. Jangan pilih untuk ketinggalan, pilihlah untuk maju ke hadapan bersama-sama dengan kerajaan bersama pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Karim juga memilih untuk membangunkan kemudahan asas terlebih dahulu dan menjadi keutamaannya jika beliau dipilih untuk mewakili rakyat Kimanis pada 18 Januari ini.

“Setelah keluar masuk ke kawasan-kawasan, rupanya masih banyak lagi keperluan asas yang tertinggal dan tidak dibuat waktu BN.

“Kerajaan Warisan hanya setahun 9 bulan, jadi kerja-kerja yang sepatutnya dibuat dua tahun dahulu masih banyak yang belum dilaksanakan.

“Antaranya bekalan air bersih, elektrik, jalan-jalan kampung, perparitan yang agak terbiar dan menimbulkan masalah apabila banjir ketika hujan.

“Saya perlu masa untuk melaksanakan dan membawa pembangunan yang dinanti-nantikan oleh rakytat di kawasan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SAPA YANG TAK BUAT PEMBANGUNAN TU BEROKKK..?BUKAN SHAFIE BEDAL KER?PALING BANYAK PERUNTUKAN WAKTU DIA MENTERI KKLW WAKTU TU DSNR BAGI UNTUK BANGUNKAN SABAH,APA DIA BUAT?BEDALLLL?
    BODOH PUNYA KARIM BUJANG,MENTERI DULU MASA BN N KETUA MENTERI SEKARANG PH BUKAN ORG YG SAMA KER?ORG SABAH AKAN BIJAK TAK AKAN D SPIN LAGI FAKTA OLEH KARIM KUDA UNTUK DAJJAL NI..

Comments are closed.