Home Politik Pas tidak akan bergabung dengan UMNO jika ekstrem

Pas tidak akan bergabung dengan UMNO jika ekstrem

Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KIMANIS – Pas tidak akan bergabung dengan UMNO melalui Muafakat Nasional sekiranya parti Islam itu benar-benar sebuah parti politik yang ekstrem sebagaimana yang dilemparkan oleh musuh politiknya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hanya rakyat boleh menilai sejauh mana dakwaan itu berasas, sesuai dengan sifat sebagai sebuah parti politik dan bukannya kumpulan tertentu.

“Kita parti politik, yang menilai kita adalah rakyat, ekstrem atau tidak bergantung kepada pendekatan dan pembawaan kita.

“Kalau kita ekstrem kita tidak akan bergabung dengan UMNO. Jadi menunjukkan kita ini adalah munasabah dan kita tidak ekstrem,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Muafakat Rakyat Sabah, di sini, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menuduh Pas sebagai parti politik yang ekstrem seperti mana pemberontak di Afghanistan dan tidak sesuai untuk rakyat Sabah.

Dalam pada itu, Takiyuddin tidak berkata, Pas tidak bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Negeri Sabah atau mana-mana pihak yang menuduh Pas sebagai ekstrem.

“Tak ada lah, itu politik, kita akan balas dengan kenyataan politik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bila nak dptkan undi bermvm mcm fitnah di buat .. aku pun tak sangka begini sikap shafei apdal ..

Comments are closed.