PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diadakan selama tiga hari pada 25 hingga 28 Jun ini.
Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, untuk itu, pencalonan ditetapkan pada 26 Januari ini manakala mesyuarat peringkat cawangan bermula 15 Februari hingga 29 Mac.
Katanya, keseluruhan ahli PPBM yang berdaftar dan layak mengambil bahagian dalam persidangan itu seramai 363,167 ahli melibatkan 189 bahagian di seluruh negara.
“Jumlah keseluruhan ahli itu adalah selepas proses pemutihan dilakukan termasuk mengambil kira ahli yang lewat mendaftar, tidak membayar yuran dan lewat melaporkan pendaftaran ke ibu pejabat parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary hari ini.- MalaysiaGazette