KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan PLUS di bawah Khazanah dan KWSP.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia satu-satu cara untuk menangani masalah yang berlaku. Menurutnya, kabinet membuat keputusan selepas meneliti semua permohonan yang diberi oleh pembida.
“Bukan saya yang buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary hari ini.