Home MGNews TERKINI : 11 MPN Desak PKR Pecat Zuraida – Datuk Johari

TERKINI : 11 MPN Desak PKR Pecat Zuraida – Datuk Johari

PETALING JAYA – Majoriti Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR hari ini mahu Jawatankuasa Displin memecat segera Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Menurut MPN Kedah, Datuk Johari Abdul, 11 daripada 14 ketua MPN itu berpendapat Zuraida telah melanggar beberapa perkara-perkara penting dalam parti termasuk menghina Presiden.

“Kami mendesak setelah mendapat sokongan daripada ketua cabang mendesak supaya Zuraida hendaklah dipecat daripada parti.

“Kami menurut supaya Lembaga Displin mengkaji sedalam dalamnya dan semua tuntutan yang dibuat terhadap beliau. Kami mewakili pimpinan negeri yang majoriti banyak memohon agar Lembaga Displin memecat Zuraida daripada parti kerana kedudukan beliau dalam parti sekarang tidak langsung membantu parti dan presiden,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), hari ini.

Dalam pada itu, Johari berkata kehadiran Zuraida dalam parti tidak memberikan sebarang makna selain mengerunkan keadaan.

“Dia tidak membantu langsung, apabila pimpinan parti yang tidak sehaluan dengan perlembagaan parti, itu tidak ada masalah.

“Bila pelanggaran berlaku kita mesti tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana tidak kira dia menteri atau tidak. Selagi ahli parti dan pemimpin parti, maka kena patuh dengan apa yang tertulis dalam perlembagaan dan keputusan yang dibuat dari masa ke semasa.

1 Komen

Comments are closed.