Home Politik Jangan ambil mudah kekalahan PRK Kimanis – Ronnie

Jangan ambil mudah kekalahan PRK Kimanis – Ronnie

Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu tidak seperti segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menganggap kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dianggap tidak ‘apa-apa’.

Sebaliknya Ahli Dewan Undangan Sungai Pelek itu memberi peringatan kepada PH supaya berfikir kembali tentang masa suntuk yang ada ketika ini untuk memenangi semula hati pengundi.

Itu pandangan Ronnie yang dilihat tidak ‘syok sendiri’ sebaliknya cuba menceritakan realiti yang dihadapi oleh kerajaan PH ketika ini.

“Kekalahan di Kimanis, seandainya ada yang fikir PH masih mempunyai masa yang begitu panjang untuk kembalikan momentum serta keyakinan rakyat, tolonglah fikir kembali,” luah beliau dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Ramai juga netizen yang juga sependapat dengan Ronnie yang PH bukan sahaja sudah kesuntukan masa sebaliknya keyakinan kononnya rakyat akan terus menyokong serta kemenangan pada PRU-15 sebenarnya tidak lebih daripada angan-angan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kekalahan Warisan pada PRK Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan PH.

Mahathir bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kekalahan Warisan di Kimanis tidak membawa impak yang begitu besar sehingga timbul isu kemerosotan undi.

Sebaliknya, jelas Mohamed Azmin, kerajaan pusat dan negeri perlu bekerja dengan lebih keras daripada dulu bagi memberikan keyakinan kepada penduduk di negeri itu khasnya di kawasan luar bandar.

Manakala Ahli Parlimen Port Dickson yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, kekalahan Kimanis perlu diterima selain daripada mencari jalan supaya dapat memenangi hati rakyat kembali.

Datuk Mohamad yang menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dedak 30 hinggit gagal merasuah penduduk2 Kimanis dan Sabah? ha..ha..ha..

    30 hinggit je pun, jauh dari mencukupi untuk membeli satu suntikan vaksin SELSEMA BABI!

    Tak usahlah nak bangga sangat dengan 30 hinggit tu? Tak gitu anak2 Atok?

  2. Rakyat mahu hapus tol seperti yang ditulis dalam janji manifesto hancing? Bukan diskaun ciput!!!

    Pemimpin2 PENIPU dalam DAP/Pakatan Hancing nampaknya sudah tidak lagi mendapat tempat bagi orang2 @rakyat yang baik2…

Comments are closed.