Home Politik MB Perak minta Najib tidak ‘sibuk’ isu MAPS

MB Perak minta Najib tidak ‘sibuk’ isu MAPS

Ahmad Faizal Azumu Minister of Youth and Sports Pandalela Rinong national coach sexual harassment dirty jokes rape jokes lewd
Ahmad Faizal Azumu

BATU GAJAH – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya memberi fokus kepada kes mahkamah yang dihadapinya dan ‘tidak sibuk’ terhadap isu taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Ahli Parlimen Pekan itu, tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai situasi sebenar dihadapi MAPS.

“Najib tidak ada maklumat lanjut tentang apa yang berlaku di MAPS sebenarnya. Jadi, saya ingatkan kepada beliau untuk fokus kepada masalah yang dihadapinya, untuk mempertahankan diri beliau di mahkamah.

“Datuk Seri Najib jangan bimbang, kerana pada masa ini kerajaan negeri masih ada kebolehan untuk menguruskan MAPS. Lebih baik beliau bimbangkan apa masalah yang dihadapinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Notis 5A Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Bemban dan majlis penyerahan hak milik RPT Papan di Arena Square, dekat sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita diminta untuk mengulas kenyataan Najib, berkenaan MAPS menerusi laman Facebook pada semalam.

Najib dalam status Facebooknya pada 29 Dis lalu menyarankan Khazanah mengambil alih MAPS daripada kerajaan negeri Perak, sebagai langkah menghidupkan semula MAPS yang diibaratkan sebagai nyawa-nyawa ikan.

Malah, semalam Najib sekali lagi memuat naik status mengenai MAPS yang menyatakan kerajaan Pakatan Harapan salah strategi dan salah urus MAPS.- BERNAMA

1 Komen

  1. Dalam demokrasi sesiapa pun boleh beri pendapat, mengkritik, mengusul hatta budak darjah 6 pun kalau mereka ada idea bernas boleh juga diketengahkan dalam membantu MAPS atau apa2 sahaja.

    Najib mempunyai pasukan peguam yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan hal2 jenayah rentas sempadan, ramai yang minat nak tahu pendedahan pakar tandatangan dari Australia! Biarlah mereka berhujah!

    Kepada MB eloklah lebih fokus kepada para petani, peneroka, B40 diPerak yang hidup mereka semakin susah sekarang!

Comments are closed.