Home Utama Syed Saddiq nafi berada di kondominium sebelum diserbu polis

Syed Saddiq nafi berada di kondominium sebelum diserbu polis

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto IQBAL BASRI, 25 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau berada di sebuah kondominium di Puchong sebelum premis tersebut diserbu polis.

Menurut Syed Saddiq, penerbitan artikel bertajuk ‘Syed Saddiq sebenarnya ada di parti dadah tapi…’ yang disiarkan pada 17 Januari lalu  telah memburukkan nama baiknya sebagai seorang menteri.

“Pada 20 Januari, saya telah dimaklumkan berkenaan penularan berita yang tidak benar membabitkan saya sendiri,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pihaknya akan membuat laporan polis dan akan merujuk kepada tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan berita tidak benar terutamanya berkaitan integriti kementerian beliau.

Pada 13 Januari lalu, polis menahan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin.

Daripada 17 individu yang ditahan itu, seramai 16 orang disahkan positif dadah.

Antara mereka yang ditahan ialah beberapa pegawai khas ahli politik.

Menurut Syed Saddiq, turut menafikan maklumat kandungan portal itu yang menyatakan ‘Nasib menyebelahi Syed Saddiq apabila dikatakan dia sudah pulang lebih awal sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis’ yang mana ia juga telah ditularkan oleh pihak ketiga.

Sementara itu, beliau memberitahu, dakwaan terdapat cubaan melobi projek projek besar di Kemneterian Belia dan Sukan adalah salah dan telah menjejaskan imej baik kementeriannya

“Sejak saya menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya ingin menekankan bajhawa pencapaian KBS di dalam Public Service Corruption Ranking (PSCR) yang dikeluarkan oleh SPRM semakin cemerlang,”.

“KBS telah berjaya memeprbaiki tangga PSCR dari laman  kementerian berisiko rasuah kepada tangga ke 16 paling kurang risiko rasuah dan salah laku,” ujarnya.

Walaupun kenyataan tersebut dibuat secara umum, namun ia dipercayai bagi menjelaskan dakwaan portal sama yang mendakwa parti yang menjurus kepada serbuan polis itu dianjurkan oleh salah seorang ahli perniagaan untuk melobi projek-projek besar di Kementerian Belia dan Sukan. – MalasyiaGazette

3 Komen

Comments are closed.