KUALA LUMPUR – Siapa Syed Saddiq yang nak arah saya apa kena cakap atau tidak?
Itu jawapan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. Ramasamy membalas kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sebelum itu, Ketua Armada Armada Bersatu itu menempelak dan menamakan pemimpin PH yang didakwanya kem Anwar yang selalu mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.
Ramasamy salah seorang daripada lapan individu yang dinamakan Syed Saddiq.
Mengulas mengenainya, Ramasamy menasihat Syed Saddiq menghormati perjanjian di dalam Pakatan Harapan (PH).
“Tiada siapa yang memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamad letak jawatan (sebagai perdana menteri) tetapi mahu dia menetapkan tarikh pengambilaihan kuasa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Menurut perjanjian dalam PH sebelum PRU-14, Mahathir dipilih sebagai PM sementara sebelum menyerahkannya kepada Anwar.
“Tapi malangnya sehingga hari ini, Majlis Presiden PH belum menetapkan sebarang tarikh. Sekarang salah siapa?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, walaupun Mahathir mahu menyerahkan selepas Persidangan APEC tarikh tetap perlu dibuat.
“Saya yakin Mahathir tidak ada masalah tetapi Syed Saddiq nampak terlompat-lompat bagi meraih sesuatu daripada Mahathir.
Menurutnya, Syed Saddiq mungkin terlalu baru untuk memahami kedinamikan politik era reformasi termasuk bagaimanapa Mahathir dilantik sebagai PM sementara.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Syed Sadiq seorang menteti muda yg bijak lagi tampan.
Kau siapa….?
Lalu tepi jalan pun, orang tak tenggok…..
Kenapa la syed saddiq tak minta adakan PRU15 secepat mungkin… Kan lagi terbaik…… Dr bertelagah sesama sendiri.. Kesan nye kena pd ekonoml dan rakyat malaysia…. Harap2 PM7 minta bubar parlimen.. Anwar nk jd PM.. Hadap PRU15 dlu.
Bubar je parlimen .. biar rakyat yg menentukan …
Kerajaan PH TAKUT ke bubarkan parlimen .???
Nak bubar???? Nanti tak dapat gaji pula….silapĀ²
kalah…. habis lah nak berebut PM….
Klu dah ada janji kenapa nak mendesak sablum spai masa nya nampak sangat golongan ni tak faham bahasa agak nya ada habuan besar ke bila jwatan pm betukar tangan klu nak segera mkan lah mee segera…memang sah sepenggal je…
Kau tu Sami penyokong LTTE… X sedar diri menumpang kat negara orang…