Home Dunia Bekas Presiden Interpol dikenakan penjara 13 1/2 tahun penjara

Bekas Presiden Interpol dikenakan penjara 13 1/2 tahun penjara

Meng Hongwei. foto Aljazeera
Meng Hongwei. foto Aljazeera

BEIJING – Mahkamah di China memerintahkan bekas Presiden Interpol Meng Hongwei dipenjara selama 13 1 / 2 tahun dan didenda 2 juta yuan (AS$ 290,000) kerana menerima rasuah dan penyalahgunaan kedudukan rasmi.

Meng, yang mengaku bersalah pada Julai tahun lepas memberitahu mahkamah di bandar raya Tianjin di utara, dia tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Kerajaan China mengatakan siasatan yang dijalankan terhadap Meng mendapati beliau menghabiskan sejumlah besar dana negara, menyalahgunakan kuasanya dan enggan mengikuti keputusan Parti Komunis yang memerintah negara ini.

Mahkamah dalam keputusannya berkata, Meng mengambil lebih daripada 14.46 juta yuan aset dalam rasuah dan menyalahgunakan jawatan di Kementerian Keselamatan Awam dan pengawal pantai antara 2005 dan 2017.

Interpol, agensi penyelarasan polis global yang berpusat di Perancis pada akhir tahun 2018 telah memaklumkan tentang peletakan jawatan Meng sebagai presiden.

Pengumuman itu dibuat selepas isteri Meng mendakwa suaminya hilang semasa pulang ke China. – MalaysiaGazette