Home Politik Hentikan obsesi isu peralihan kuasa, kata Lim Kit Siang

Hentikan obsesi isu peralihan kuasa, kata Lim Kit Siang

Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengajak semua pihak dalam Pakatan Harapan menghentikan obsesi terhadap isu peralihan kuasa dan fokus kepada usaha untuk menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 Mei 2018.

Beliau berkata, ini kerana 2020 akan menjadi tahun yang menentukan kejayaan atau kegagalan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menasihatkan para pemimpin PH supaya tidak membincangkan isu peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsesus yang telah dipersetujui berhubung perkara itu Januari 2018.

“Salah satu janji Pakatan Harapan yang sangat penting adalah peralihan kuasa daripada perdana menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perdana menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Kata Kit Siang, perincian peralihan kuasa itu sepatutnya diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan walaupun tidak perlu mesyuarat khas diadakan berhubung perkara tersebut.

Anwar dalam kenyataannya hari ini menggesa semua pihak dalam PH supaya tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka.

Artikel berkaitan: Jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka – Anwar

Isu peralihan kuasa secara terbuka untungkan pihak lawan – Guan Eng

Presiden PKR itu mahu mereka menghormati konsensus yang telah disepakati pada Januari 2018.

“PH dan Tun Dr Mahathir telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan tersebut agar ianya berlaku secara aman dan teratur,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Keris dan parang sudah sekian lama tak bersarung.ingin mencari sarung mangsa untuk di pasak di tubuh.beruntung lah jika sarung itu kebal dan tak luk sebarang keris dan parang jika sarung tubuh itu boleh tembusi sarung maka rugi lah seluruh keturunan cina di bumi ini.sudah sekian lama keris dan parang bertapa di sebuah gua pusaka nenek moyang ia akan keluar mencari mangsa jika negara semakin dalam ancaman.ingat kerana celupar nya mulut badan akan jadi korban seluruh keturunan menjadi mangsa kerana segelintar yg tamak kan harta dan pangkat tamak haloba sudah tidak dapat dibendung maka penamat nya hanya keris dan parang akan terbang menamatkan konflik ini.

Comments are closed.