KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang dan ahli parti itu perlu cermin diri dahulu sebelum memperkatakan tentang penghayatan prinsip rukun negara.
Exco Pergerakkan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ini kerana DAP sememangnya terkenal dengan membawa budaya ekstremis yang menentang rukun negara selama ini.
Tegas beliau, DAP tidak menghormati prinsip rukun negara dan kedaulatan undang-undang melalui pelbagai campur tangan politik dalam kes yang melibatkan ahlinya.
“Misalnya kes LTTE dan Wan Ji Wan Hussin yang akhirnya mencabul kedaulatan undang-undang negara.
“Seterusnya, DAP tidak menghormati prinsip rukun negara apabila cuba menghidupkan kembali dan mengiktiraf ideologi komunis PKM yang jelas telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini.
Kit Siang berkata, terdapat segelintir individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ekstremis sehingga menimbulkan pepecahan.
Faiz Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, perpecahan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada DAP dan Pakatan Harapan (PH) itu sendiri.
Beliau menegaskan tindakan DAP dan PH yang konsisten untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) juga membuka ruang kepada penyebaran ideologi liberalisme, terorisme dan komunisme yang akhirnya akan memecahkan perpaduan dan mengancam keselamatan negara.
“Rakyat tidak lupa kenyataan Ngar Kor Ming yang mengatakan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.
“DAP ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri kerana sentimen ekstremis dan rasis sememangnya dibawa oleh DAP bukannya pihak lain.
“Parti ini juga menjadi punca utama kegagalan kerajaan PH mentadbir negara,” katanya. – MalaysiaGazette
Rakyat Malaysia yg tahu terlalu bersabar…. Tapi sampai mana tahap kesabaran yang ada. Insya Allah…. Akan sampai masanya. Ingat
Ingatan……. Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh