Home Nasional Malaysia sudah jadi negara ‘sakit’ – Ibrahim

Malaysia sudah jadi negara ‘sakit’ – Ibrahim

Presiden Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, Kompleks Damai, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Ibrahim Ali menganggap Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang ‘sakit’ ekoran berlakunya banyak masalah perkauman.

Beliau berkata, isu tersebut sering dikaitkan dengan orang Melayu oleh kaum-kaum lain dan ia dilihat sebagai satu sentimen yang dimainkan oleh sebelah pihak sahaja.

Katanya, kaum-kaum lain terutama Cina dan India di negara ini sering mempertahankan tindakan mereka atas nama hak asasi dan demokrasi meskipun melakukan perkara jijik, sedangkan kaum Melayu sendiri bertindak berdasarkan Perlembagaan dan berlandaskan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Maknanya, kalau mereka tidak lagi menghina Islam, orang-orang Melayu dan Institusi Raja dengan pelbagai cara sudah pasti kita orang Melayu akan menghormati mereka.

“Tapi jika mereka bertindak kurang ajar, biadap, sombong, angkuh kita kena hentikan. Ini ikrar warisan perjuangan bangsa yang ada maruah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan keadaan seperti itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ujarnya, bangsa Melayu sudah banyak bertolak ansur terhadap bangsa Cina dan India terutama melibatkan pemimpin yang cuba membangkitkan perkara-perkara melibatkan politik.

Tambah beliau, Melayu merupakan kaum yang baik dan disebabkan itu kaum lain jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan yang ditunjukkan oleh bangsa terbesar di negara ini.

“Orang Melayu ini baik sangat. Tapi bila dia marah, bila sampai klimak nanti susah,” ujarnya.

Ibrahim berkata, kesabaran orang Melayu kini sudah berakhir dan kaum-kaum terbabit jangan cuba mencurah minyak yang boleh membangkitkan api kemarahan.

Jelasnya, pihak-pihak yang cuba membangkitkan masalah perkauman perlu berfikir panjang agar mereka tidak menyesal kemudian hari.

“Kalau mereka boleh jolok kita, kita juga boleh jolok mereka. Tapi kena ingat umat Islam ada imannya, umat Islam ada peraturan hidupnya. Tetapi sejarah umat Islam jangan lupa, jangan cuba ambil kesempatan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bangsa cina dan keling adalah dua bangsa yang mengotorkan nama baik Tanah Melayu baik dari segi pakIannya, makanannya, juga budi perkertinya dan akhlaknya. kedua2 bangsa ini sememangnya tidak sepTutnya berada dibumi ini. nyah keluar sahaja ikut kontrak sosil. dua bangsa ini sudah diberi betis nak kan peha. lama2 nak pijak kepala. sudahlah dia menipu merebut kekayaan dalam negara ini, biadap, tidak bersopan dan pengotor. berfahaman cauvinis.yang baiknya hapuskan sekolah vanecular sjkc/sjkt dan pertubohan DJZ baru boleh ada perpaduan dalam negara

Comments are closed.