Home Nasional Saya tidak tahu itu adalah wang SRC International, kata Najib

Saya tidak tahu itu adalah wang SRC International, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang masuk hari ke-72 semakin ‘panas’ apabila berkali-kali pendakwaan mengasak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang jutaan ringgit transaksi keluar masuk ke akaun peribadinya.

Bagaimanapun Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tetap bertegas dengan jawapan sama walaupun diasak tanpa henti oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram tentang kemasukan dana bernilai RM42 juta antara penghujung tahun 2014 dan 2015.

Dana yang didakwa dari syarikat SRC International itu telah dimasukkan ke akauan peribadi Ambank Najib secara berperingkat dengan nilai seperti RM27 juta, RM10 juta dan kemudian RM5juta.

Ketegasan Najib menjawab tidak setuju dan tidak menyebabkan Sithambaram berterusan mengasak sehingga ada masa Najib kelihatan meninggikan suara menjawab soalan beliau.

Sithambaram: Mengejutkan juga ya untuk mengetahui kamu telah membelanjakan setiap sen daripada wang-wang itu walaupun tidak tahu sumbernya.

Najib: Saya sudah kata, saya tidak tahu itu adalah wang SRC International (dalam nada tinggi).

Sithambaram: Tahukah kamu pada 26 Disember, sebanyak RM27 juta telah dimasukkan ke dalam akaun kamu?

Najib: Tidak, saya tidak tahu.

Sithambaram: Tapi kamu juga telah belanjakan semua wang-wang itu.

Najib: Saya fikir ianya adalah sebahagian daripada dana untuk melakukan kerja-kerja korporat sosial (CSR). Jadi saya tidak tahu itu adalah dana SRC International.

Sithambaram: RM27 juta masuk dan kamu sudah belanjakan semuanya. Sungguh mengkagumkan. Bagaimana kamu boleh berbelanja wang sebanyak itu tanpa tahu apa-apa. Pastinya satu kebetulan.

Najib: Saya tidak tahu wang itu adalah dari SRC International. Saya hanya tahu selepas itu.

Sithambaram: Kamu belanjakan wang RM5 juta itu?

Najib: Ya betul. Tetapi saya tidak tahu itu duit SRC International. Saya tahu kemudian.

Dalam pada itu, ketika Sithambaram juga menyenaraikan transaksi yang menunjukan wang SRC International melalui syarikat subsidiri seperti Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun peribadi Najib.

“Ya betul tetapi ketika itu saya tidak tahu tentang transaksi-transaksi ini memandangkan bukan saya uruskan akaun dan penyata bank juga saya tidak lihat.

“Saya juga tidak pernah memberi apa-apa arahan supaya wang-wang ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya. Saya tidak tahu tentang transaksi itu,” tegas Najib.

Perbicaraan bersambung selepas makan tengah hari. –MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mungkin ada malah ramai juga orang awam yang tiba2 akaun mereka dimasukkan wang tanpa semena2 tanpa diketahui sumbernya, mungkin dari nilai seringgit hingga puluhan ratusan ribu etc.

    Ramai juga yang tak pernah tahu atau ambil tahu akan status keluar masuk atau baki akuan mereka sehingga banyak yang berakhir tanpa diklaim sehingga berakhir hayat.

    Salah ke?

Comments are closed.