KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terlalu kerap laporan berkaitan dengan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk disiarkan, malah tindakan golongan ini mendatangkan musibah kepada orang lain.
Lebih mengerikan apabila kebanyakan kes menyaksikan kematian akibat kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk.
Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi kebimbangan kerana ia berlaku dengan begitu kerap malah undang-undang sedia ada seolah-olah tidak membawa apa-apa kesan kerana insiden itu tetap berulang.
Malah ada juga desakan supaya kajian semula peruntukan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibuat dengan melihat kepada hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.
Namun persoalan juga timbul apabila walaupun mempunyai 222 wakil rakyat di Parlimen, tidak kira kerajaan, pembangkang atau bebas, mengapa tidak ada yang membawa usul bagi menangani pemandu mabuk atau khayal.
Persoalan itu ditimbulkan pemerhati politik, Azizi Safar dalam laman sosial Facebook hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Tak ada siapakah di antara mereka nak usulkan supaya digubal atau dipinda undang-undang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk atau khayal?,”soalnya.
Berapa lagi nyawa perlu terkorban akibat kebodohan pemandu mabuk?
Beberapa hari lepas, insiden dua beranak hampir maut di Bercham, Ipoh apabila sebuah gerai burger yang baru dibuka dirempuh oleh pemandu mabuk.
Juga laporan seorang penerbit televisyen sambilan maut manakala anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Klang Lama.
Baru-baru ini, seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh pemandu wanita warga asing yang mabuk berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato’ Keramat, Georgetown.
Hukuman penjara mandatori tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000 yang dikuatkuasakan ketika ini dilihat tidak setimpal, apatah lagi kes melibatkan mangsa meninggal dunia.
Kata Azizi, mabuk wujud dalam pelbagai rupa.
“Mabuk pun macam-macam jenis juga. Ada mabuk arak, ada mabuk ganja, ada mabuk ketum, ada mabuk dadah, ada mabuk cinta dan ada juga mabuk krimer. Semuanya sebenarnya merbahaya. Perlu kuatkuasakan dengan lebih tegas,” ujarnya. –MalaysiaGazette
222 ahli parlimen pun tak terfikir hal pemandu mabuk. sebab mereka asyik nak jawab tuduhan pembangkang dan nak fikir hal kemajuan. naik gaji dan elaun
NI BODOOO..AKU MINUM KETOM TAK PERNAH MABOK MACAM MABOK TODI.JANGAN FITNAH MACAM DAJAL YG ADA SEKARANG.MINUM DULU BARU CAKAP MABUK KE TAK,BABI PUNYA ORG..ABES ORG2 TUA LELAKI/PEREMPUAN TEMPAT AKU MINUM SEMUA MABUK KETOM LA SIAL..
CAKAP SERUPA BABI HG NI..!!!