LONDON – Pesaing terkuat Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City kembali menemui rentak kemenangan dalam aksi awal pagi tadi apabila membelasah West Ham 4-1 di Stadium King Power.
Bagaimanapun skuad the Foxes itu telah kehilangan Jamie Vardy yang dilanda kecederaan di separuh masa pertama.
Harvey Barnes membuka gol pertama pasukan pada minit ke-24 sebelum Ricardo Pereira menambah jaringan sebelum separuh masa pertama tamat.
Bermula separuh masa kedua, kapten Hammers, Mark Noble merapatkan kedudukan dengan gol pertama untuk pasukan pelawat pada minit ke-50 membolehkan terus mengejar gol penyamaan dengan tuan rumah.
Malangnya niat mereka mengejar gol penyamaan gagal apabila Leicester menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-81 hasil tendangan Ayoze Perez.
Perez mengandakan gol sekaligus memuktamadkan kemenangan 4-1 memihak Leicester City.
Dengan kemenangan itu pasukan Brendan Rogers kini menghuni tangga ketiga liga dengan perbezaan tiga mata daripada Man City di tangga kedua dengan 51 mata iaitu 14 mata di belakang pendahulu Liga Liverpool. – MalaysiaGazette