MELBOURNE – Jaguh Tenis nombor satu dunia, Rafeal Nadal mara mudah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia semalam.
Nadal kelahiran Sepanyol berjaya menjinakkan pemain dari Argentina, Federico Delbonis .
Nadal yang sedang mengejar gelaran Grand Slam ke-20 kariernya menerusi Terbuka Australia, kali ini mudah menundukkan Debonis yang menduduki ranking ke-76 dunia dengan keputusan 6-3 7-6 (7-4) 6-1.
Selepas pusingan keempat hari ini, Nadal akan berdepan pemain nombor 27 dunia, Pablo Carreno Busta.
Untuk rekod temasya, Nadal tidak pernah merangkul gelaran Terbuka Australia sejak 2009 lagi tetapi memulakan aksi kali ini selaku juara pilihan.
Pada pusingan ketiga semalam, Delbonis memaksa Nadal untuk bekerja keras untuk memungut mata di set kedua tanpa memberi laluan mudah.
Dalam satu lagi aksi pusingan ketiga, pemain ranking nombor 16 dunia dari Rusia, Karen Khachanov berlawan selama empat jam 36 minit untuk menundukkan pesaingnya dari Sweden, Mikael Ymer untuk melangkah ke pusingan keempat.
Akibat teruja dengan kemenangan itu, Khachanoc terbaring di atas gelanggang selepas menang ke atas lawannya yang menduduki ranking ke-78 dunia dengan keputusan 6-2 2-6 6-4 3-6 7-6(10-8).-MalaysiaGazette