Home Sukan Terbuka Australia: Serena Williams tersungkur di tangan pemain China

Terbuka Australia: Serena Williams tersungkur di tangan pemain China

MELBOURNE – Juara bertahan tujuh kali Serena Williams tersingkir dari kejohanan Tenis Terbuka Australia hari ini.

Ratu Tenis kelahiran Amerika Syarikat itu mengejutkan penyokongnya apabila kalah kepada pemain China Wang Qiang sebentar tadi.

Qiang yang kelihatan bersemangat ketika berdepan Serena mudah menjinakkan bekas nombor satu dunia itu dengan keputusan 6-4 6-7 (2-7) 7-5 dalam pusingan ketiga yang selesai sebentar tadi.

Kekalahan itu bermakna usaha pemain berusia 38 tahun itu mengejar gelaran Grand Slam ke-24 dalam kariernya terus terhalang. – MalaysiaGazette