TERKINI : Saya Faham Perasaan Orang Terima Surat Tunjuk Sebab – Amirudin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari mengakui beliau memahami perasaan pemimpin parti yang telah menerima surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin PKR.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkongsi rasa itu kerana pernah mengalami pengalaman yang sama sebelum ini. Namun beliau bersyukur kerana suratnya diterima penjelasan oleh Lembaga Disiplin PKR selepas mengikut proses yang ditetapkan.

“Saya awal-awal dapat surat dan saya jawab. Saya tahu perasaan yang dapat surat itu. Alhamdulillah, surat saya diterima dan jika ikut proses, tiada masalah tetapi muafakat itu sangat penting.

“Ada isyarat yang baik selepas kongres ada yang datang mesyuarat dan ada pertemuan tetapi apa yang kita lihat kita tidak mahu benda-benda macam itu dikembangkan dan berpanjangan,” katanya.