PARIS- Perancis menjadi negara pertama Eropah berlaku dua kes virus dari China, koronavirus.
Menteri Kesihatannya, Agnes Buzyn berkata, kedua-dua pesakit berkunjung ke China sebelum ini.
“Kita ada dua kes dan mungkin banyak lagi kes selepas ini,” katanya.
Salah seorang pesakit berusia 48 tahun pernah ke Wuhan sebelum ke Perancis dan kini menerima rawatan di Bordeaux.
Seorang lagi menerima rawatan di Paris dan dipercayai pernah berkunjung ke China baru-baru ini.- MalaysiaGazette