Home Nasional Kesihatan rakyat penting tetapi Malaysia perlu patuh WHO

Kesihatan rakyat penting tetapi Malaysia perlu patuh WHO

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap semasa sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Bersama Persatuan-Persatuan Cina Klang di Bangunan Persatuan Hokkien Klang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 JANUARI 2020

KLANG- Malaysia tidak boleh tergesa-gesa mengambil langkah menghalang ketibaan pelancong dari China kerana tertakluk kepada deklarasi Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagaimanapun menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, kementerian sentiasa membuat pertimbangan dan pernilaian kritikal terhadap keperluan rakyat Malaysia akibat penularan koronavirus itu.

“Kita tertakluk kepada WHO PHEIC dan kita tidak mahu melanggar peraturan pertubuhan tersebut tetapi dalam masa yang sama kita akan menimbang dan membuat pernilaian terhadap keperluan negara.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan rakyat kita,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Kewangan bersama Persatuan Pengilang dan Perindustrian Klang di sini hari ini.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.

Tambah Dr. Dzulkefly, kementerian telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menambah peralatan termasuk pengesan suhu di pintu-pintu masuk negara, Komplek Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Baru dan Gelang Patah, Johor.

Katanya, kementerian juga akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengekang penyebaran virus terbaharu itu.

“Kami akan pertingkatkan semua peralatan dan saya akan mengadakan mesyuarat dengan KDN hari ini bagi mengukuhkan lagi langkah-langkah yang boleh diambil mengekang penularan virus tersebut.

“Mesyuarat adalah pada jam 4 petang ini,” katanya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Minter I semua menteri2 kabinet Malaysia pergi pelok semua pelancung China yg masuk diklia, mereka pandai cakap suruh lah dia org bermula PM TPM Menteri2 Dan Tim menteri parti PH welcome pelok semua pelancung dari China Di klia Dan langkawi, yg sedeh nya dilangkawi tak pasai semua penduduk langkawi jadi mangsa kematian pasai CORONavirus kalau ini terjadi seluruh penduduk langkawi humbankan MP nya kelaut.

Comments are closed.