KUALA LUMPUR – Individu yang rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu tindakan tidak meneruskan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther bukan disebabkan wang.
Menurut sumber itu, Anwar mengambil pendekatan sedemikian kerana berpendapat namanya sudah pun dibersihkan oleh Jabatan Peguam Negara daripada pertuduhan serangan seksual, sebelum ini.
Katanya, itu perkara penting yang diambil kira Anwar daripada melayan dakwaan fitnah terhadap dirinya.
“Bukan sebab saman fitnah (Yusoff Rawther) mahukan ganjaran daripada saman itu tapi lebih kepada bersihkan nama beliau.
“Nama dia (Anwar Ibrahim) sudah dibersihkan oleh AGC (Jabatan Peguam Negara) jadi dia tidak teruskan saman,” kata sumber itu lagi.
Beliau ditanya sebab musabab mengapa Anwar tidak meneruskan tindakan saman terhadap bekas pembantunya, hari ini.
Laporan itu dikeluarkan FMT ekoran Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar menasihatkan anak guamnya itu supaya tidak meneruskan saman berkenaan.
Ia berikutan satu saman lain yang difailkan oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Yusoff, Jumaat lalu.
Langkah itu juga berkait dengan keputusan peguamcara negara untuk tidak meneruskan kes jenayah berhubung laporan polis Yusoff yang mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Oktober 2018.
Pada 14 Januari lalu, Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, dalam satu kenyataan berkata, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.
“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam kertas,” katanya pada ketika itu.
Yusoff dalam akuan bersumpah itu mendakwa, dia berdepan serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut, pada 2 Oktober tahun lepas.
Dia kemudian membuat laporan polis pada 7 Disember lalu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan. -MalaysiaGazette
JAWAPAN SERUPA SIAL..HANYA BONGOK DAN TOLOL SAJA YANG PERCAYA KATA2 NI.
Fasha nak saman Yusof tu ta tak untong sebab Yusof bukan nya orang kaya atau Fasha hanya dapat air liur Yusof yang harum tu
Hari2 mimpi nk jadi PM malaysia.lepas ni gubal undang2 baham jubur tahit dibenarkan.
Jika diteruskan ..
(Pencetus Kebakaran)
Ini membolehkan En Yusoff mempertahankan pendiriannya dan membuka jalan membersihkan namanya.
Berkemingkinan kita akan dapat jawapa berbeda..
Teruskan je lah baru namanya Malaysia baru,ataupun takut kalah kalau teruskan.