
SHANGHAI – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata, seramai 106 orang telah meninggal dunia akibat wabak koronavirus setakat 27 Januari.
Manakala jumlah kes yang disahkan pula mencecah 4,515 setakat semalam.
Sebelum ini, suruhanjaya itu menyebut sebanyak 100 kematian dilaporkan di Hubei, lokasi awal wabak berkenaan yang tercetus pada akhir tahun lalu. – MalaysiaGazette