KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Perolehan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Sani Khan Ali Khan bakal berhadapan dengan 22 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.
Pendakwaan dibuat oleh Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuantan pada esok.
“Maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata SPRM menerusi kenyataan ringkas. – MalaysiaGazette