Home Dunia Gempa bumi 7.7 magnitud melanda Caribbean

Gempa bumi 7.7 magnitud melanda Caribbean

MEXICO – Gempa bumi dengan kekuatan 7.7 magnitud telah melanda di Caribbean menyebabkan amaran tsunami ringkas dikeluarkan.

Namun, amaran oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) kemudian ditarik balik.

Gempa melanda Jamaica, Kepulauan Cayman dan Cuba pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), demikian menurut Kajian Geological Amerika Syarikat.

Kejadian itu menyebabkan bangunan-bangunan bergegar dan gegaran dapat dirasakan di seluruh Caribbean, tetapi tidak ada laporan kematian.

Beberapa pejabat di Miami dan Jamaica telah memindahkan penghuni-penghuni di bangunan masing-masing.

PTWC pada mulanya berkata, “gelombang tsunami berbahaya” mungkin berlaku di pantai terletak dalam 300 kilometer (186 batu) pusat gempa bumi.

Ini termasuk bahagian Belize, Cuba, Honduras, Mexico, Kepulauan Cayman dan Jamaica, katanya.

Tetapi dalam laporan terkini kira-kira pukul 20:45 GMT, PTWC berkata, “ancaman tsunami kini telah berlalu”.

Ahli seismologi Dr Lucy Jones menerusi Twitter berkata, “Gempa bumi M7.7 Jamaica menghasilkan gerakan yang mendatar terhadap, jadi risiko tsunami rendah.

Pusat gempa itu, pada mulanya dilaporkan pada magnitud 7.3 sebelum dinaikkan, adalah 125 kilometer di barat-laut Lucea, Jamaica.

Gegarann dilaporkan dirasai di ibu kota Cuba, Havana, di Kingston, Jamaica dan Miami – kira-kira 708 kilometer dari pusat gempa itu. – MalaysiaGazette