Home Dunia Ketua CIA ‘di belakang pembunuhan Soleimani’ maut dalam nahas pesawat tentera?

Ketua CIA ‘di belakang pembunuhan Soleimani’ maut dalam nahas pesawat tentera?

TEHRAN – Sumber risikan Rusia mengesahkan Ketua Operasi Risikan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq, Iran dan Afghanistan, Micheal D’ Andrea, terbunuh dalam nahas pesawat tentera AS yang ditembak jatuh oleh Taliban di Ghazni.

Pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat pemerintah bergerak Agensi Risikan Pusat (CIA) untuk D’Andrea dan kini platform risikan terkini serta pusat pemerintah bergerak dengan semua peralatan dan dokumen berada di tangan Taliban, lapor IFP News.

De Andrea yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan komander kanan Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani merupakan antara pegawai yang berada dalam pesawat itu, lapor laman sesawang Veterans Today yang memetik sumber risikan  Rusia.

Dikenali sebagai Ayatollah Mike, D’Andrea adalah individu terkemuka risikan CIA di rantau itu.

Sejak 2017, D’Andrea mengendalikan program memperdaya dan program pembunuhan di Timur Tengah yang bukan hanya didakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan Soleimani tetapi juga pembunuhan penunjuk perasaan Iraq.

Tentera AS mengakui tentang kehilangan pesawat Bombardier/Northrop Grumman E-11A di tengah Afghanistan.

Tentera AS berkata bahawa mereka tidak menemui sebarang ‘petunjuk’ bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh.

Pesawat tersebut terhempas di Ghazni pada Isnin lalu. Siasatan kemalangan sedang dilakukan dan pihak tentera akan menyediakan maklumat lanjut apabila ia diperolehi, kata seorang jurucakap untuk tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett menerusi akaun twitter.

Pegawai tentera itu juga menafikan dakwaan Taliban bahawa pesawat lain telah terhempas di negara tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘palsu’.

Terdahulu, Taliban berkata, sebuah helikopter tentera terhempas di timur negara itu sebaik sahaja selepas nahas pesawat berkenaan berlaku.

Kumpulan militan itu tidak memberi maklumat lanjut mengenai insiden terbabit atau menyatakan pemilik helikopter tersebut.

Terdapat kekeliruan mengenai insiden itu, sama ada militan Taliban bertanggungjawab terhadap kemalangan pesawat tersebut.

Laporan awal di Pushtu hanya menyatakan pesawat tersebut terhempas.

Pesawat Bombardier/Northrop Grumman E-11A merupakan pesawat komunikasi dan pengintip. Rakamanan pada laman media sosial menunjukkan serpihan kemalangan tersebut dan gambar menunjukkan sebuah pesawat dengan nombor sirinya. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.