Home Dunia Berhati-hati tangani koronavirus – WHO

Berhati-hati tangani koronavirus – WHO

Dr Michael Ryan

NEW YORK – Seluruh dunia perlu berjaga-jaga dalam melawan virus koronavirus, kata Program Kecemasan Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ketuanya, Dr Mike Ryan memuji pendekatan yang diambil China dalam menangani wabak maut itu berkata: “Cabarannya hebat tetapi tindak balas sangat besar.”

WHO akan bermesyuarat pada hari Khamis untuk membincangkan sama ada virus itu menentukan sama ada serangan koronavirus itu adalah kecemasan kesihatan global.

Virus yang merebak dari Wuhan hingga seluruh China itu turut menular di 16 buah negara.

Lebih daripada 130 orang dilaporkan meninggal dunia di China dan hampir 6,000 dijangkiti virus berkenaan.

Setakat ini tidak ada spesifik vaksin dapat menanganinya tetapi terdapat sejumlah pesakit yang  pulih selepas menerima rawatan.

Dr Ryan berkata, satu pasukan pakar antarabangsa sedang bersiap sedia untuk pergi ke China dan bekerjasama dengan pakar-pakar di sana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana penyakit itu boleh berjangkit.

“Kami percaya rantaian jangkitan masih boleh ditangani,” katanya.

Para saintis di Australia telah berjaya mencipta koronavirus baru dengan harapan dapat digunakan untuk membangunkan ujian awal diagnosis.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pengarah Urusan WHO, yang melawat China minggu ini berkata, kebanyakan mangsa yang mengidap virus ini hanya mengalami “gejala ringan”, tetapi kira-kira 20% mempunyai kesan yang teruk seperti radang paru-paru dan kegagalan pernafasan.

Beliau berkata, “China memerlukan solidariti dan sokongan dunia,” dan “dunia sedang berusaha untuk mengakhiri wabak tersebut.

Ketua Pengarah itu menambah, WHO “sangat menyesal” kerana merujuk virus itu sebagai “sederhana” dan bukannya ‘tinggi’ dalam tiga laporan minggu lepas. – MalaysiaGazette