Home Ekonomi Boeing rugi kali pertama dalam tempoh dua dekad

Boeing rugi kali pertama dalam tempoh dua dekad

Barisan pesawat Max 737 di kawasan kemudahan Boeing di Lapangan Terbang Antarabangsa Grant County, dekat Moses Lake, Washington. foto Agensi

CALIFORNIA – Boeing merekodkan kerugian tahunan kali pertama dalam tempoh dua dekad disebabkan oleh krisis berterusan model pesawat 737 Max.

Syarikat penerbangan itu telah menghentikan semua operasi 737 Max, jualan kapal terbang terbaik sejak Mac tahun lalu susulan dua nahas yang mengorbankan 346 orang penumpang.

Berikutan itu, Boeing kini menjangkakan jumlah kos pemberhentian semua operasi pesawat berkenaan sudah melepasi AS$18 bilion.

Keadaan itu menjejaskan kewangan firma berkenaan hingga mengakibatkannya kerugian sebanyak AS$636 juta bagi tahun 2019.

Jualan pula semakin buruk daripada yang dijangkakan pada tiga bulan sebelum berakhir tahun lalu dengan jumlah tempahan dalam yang direkodkan dalam pendapatan sebanyak AS$17.9 bilion.

Angka itu lebih rendah berbanding AS$21.7 bilion yang diunjur oleh para penganalisis. – MalaysiaGazette