KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat 3.5 peratus pada bulan Disember 2019 kepada 107.4 berbanding 103.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks pertanian, perhutanan & perikanan dan perlombongan masing-masing merekodkan peningkatan dua digit sebanyak 21.9 peratus dan 19.3 peratus, diikuti bekalan elektrik & gas 1.2 peratus dan pembuatan 0.5 peratus.
Indeks bekalan air pula menurun 2.9 peratus.
Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.8 peratus pada Disember 2019.
Peningkatan ini disokong oleh indeks pertanian, perhutanan & perikanan (2.6%), perlombongan (2.1%), bekalan elektrik & gas (0.7%) dan pembuatan (0.6%) tetapi indeks bekalan air tidak berubah.- MalaysiaGazette